Friday, December 28, 2012

untitled post (:

Bismillah. While i'm typing this, i'm still thinking why on earth i am so active updating this blog. Yes I know I also don't have any specific answer on that. Sue me for being so 'productive'. Haha hambar.

Okay.
I dont know where to start.

Student syariah di Jordan, (Syariah ini meliputi course Usul Fiqh, Usuluddin, Pengajian Islam dan Perbankan Islam. Siapa tak faham boleh whatsapp) wajib mengambil 9 jam credit hours utk subject Tilawah & Hafazan. Ada 6 Juz kena hafal. Terpecah kepada 2-2-2. Juz 25 sampai 30.

Tak berkualiti sungguh muqodimah. Failed nak publish buku. Oh pleasee like I want to, in the first place. Hambar lagi -.-

Orite.
Seperti yang aku tulis dalam page 'the me', I was a student in SM Islam Hidayah. Sekolah ni, masuk je form 1, diberi pilihan untuk kita nak masuk kelas tahfiz atau tidak. Sistem pembelajaran tetap sama, cuma diasingkan kelas dan ada subject syariah yang dikecualikan daripd batchmates yang lain, dan ada subjects yang kena belajar eg Ulum Quran dan Tafsir (kalau tak silap lah, heh)

Sistemnya bukan seperti di salah sebuah sekolah Musleh yg lain iaitu SM Islam Hira', sekolah saya takde Ma'had yang dikhususkan untuk tahfiz. Sekolah saya campur tahfiz dan sistem pembelajaran biasa. Amek SPM macam orang lain, amek PMR macam orang lain.

Jap, aku tak intend untuk promote sekolah. Tapi this is my warming up introduction since till this point, I still couldn't find my way to portray what had been lingering in my mind, now.

Nak dijadikan cerita, masa orientasi Form 1, I chose to enroll in kelas tahfiz, decision yang aku tak consult parents langsung, tak discuss dgn kawan langsung, semua ikut kepala sendiri. (macamlah sekarang tak?) Dengan fikiran yang kosong, aku pergi audition. Task dia, kena hafal dalam masa setengah jam satu muka surat dari AlBaqarah, aku ingat lagi page mana :) Dalam minda bawah sedar lagi, aku pergi tasmi' dengan Ustazah yang jaga tu, within less than half an hour.

Dan bermula lah aku jadi robot yang hanya menggerakkan mulut dan bibir dan lidah untuk menghafal AlQuran. Tanpa sedar sebenarnya aku adalah pelajar tahfiz, yang menghafal AlQuran. Lain dengan pelajar lain. Aku terus menjadi robot dan terus hafal kitab Allah itu, hanya untuk nak habiskan muqarrar. Hafal tasmi hafal tasmi hafal tasmi kem tahfiz balik kem tahfiz balik.

Kitaran hidup aku sepanjang 5 tahun sekolah menengah.
Robotic movement.
Was that too harsh? Yes it was, and yes reality hurts truth bites.

Di bawah sedar lagi, dalam hidup aku, bila dengar ayat Quran dalam radio (especially bila dah sampai Jordan, pakcik teksi dan coaster suka pasang ayat Quran), mulut aku bergerak untuk ikut apa yg dibaca. Walaupun tak semua. Kalau tak dapat gerakkan mulut, aku boleh bayang ayat tu kat mana, part mana dalam Quran, belah kiri atau kanan mushaf, atas atau bawah, atau apa ayat first muka surat tu.

Mungkin bagi orang lain, akan cakap bersyukurlah anda Nadiyah. Kenapa nak fikir serabut bagai?

Tapi tidak bagi aku.

Aku sedih sebab kenapa dulu macam, hafal tanpa hati? Kenapa dulu, hafal tanpa ada niat yg betul-betul jelas kenapa nak hafal Quran. Aku yakin, ** juz (aku tak hafal 30 ye, harap maklum. sebab masa form 5 buat peraturan sendiri dengan ustazah, nak limit sampai mana je) yang aku berjaya hafal dan tasmi' ni, bukan daripd hati aku yg betul-betul nak hafal disebabkan nak letakkan ayat Allah dalam hati, tapi berjaya sebab kelebihan intelektual dan minda yang Allah bagi, untuk aku cepat ingat dan senang hafal. Tu je. Yes. Itu sahaja.

Bila dah reborn kat Jordan ni, bila dalam usrah akan tadabbur ayat, baru rasa apa sebenarnya Allah nak sampaikan melalui AlQuran ni. Satu mushaf yang 5 tahun aku bawa. Bila murobbi nak mention ayat Quran, tapi dia tak ingat ayatnya, dan aku mampu tolong -- aku rasa sedih. Sebab dulu hafal hanya untuk permainan minda. Now. Aku takut Quran tu akan jadi hujah ke atas aku, bukan hujah untuk aku nanti (hadith- hujjah lak, au hujjah 'alaik). Takut Quran tu jadi fitnah, sebab dulu hafal bukan atas dasar cinta pd quran, tp sekadar jadi robot dan gerakan lazim dan rutin semata.

Astaghfirullah.

Yes tapi aku tak nafikan aku still bersyukur sebab ayat Quran yang aku hafal, aku ada lagi. Tapi tak tipu, perasaan kesal itu tetap ada. Lagi-lagi bila baca post yg aku pernah post kat blog batch aku click if you want to read , sebenarnya aku nampak je kepentingan Quran tu, tapi entah, perasaan still kosong lagi. Dapat Anugerah Tahfiz Cemerlang pun (euww so geli to type this), rasa mcm nak campak piala. (Tapi piala tu kat Malaysia hmm)

Sebab tu,
Bila kena amek subjects tilawah tu kat sini, aku macam tersentap jap. ''Oh wait im gonna to hafal quran, just like i did before kt sekolah, so whats the difference aku yg dulu dan aku yg sekarang, if i'm still the old me yg hafal gtu je, tak tengok makna ayat, ingat dalam kepala hilang dalam hati''

Shesshhh.
Mula-mula tadi kemain taktahu how to start and now it seems to be an endless entry, I suppose ;p

Entahlah. 
When we truly realize why He sent us this Quran, why He preserves this Quran till our generation, why He tells us all the stories of life and world in the Quran, why He hints us about choices of life, thru the visualization of Qiyamah, portraying Syurga dan Neraka in His Holy Quran, then we will resort in deciding to preserve it too in our heart. 

Niat kita akan tulus untuk ingat kalam Dia, hati kita akan sedar dan conscious kenapa kita nak hafaz kalam Dia. Sentiasa. 

Dulu aku hanya anggap tahfiz ni sebagai satu subjek (yes sadly to say, it was),
Semoga sekarang tidak.
Didn't I mention in my previous post, yang bila kita dah sedar kita dah membesar,
seluruh cara kita melihat kehidupan, akan berbeza?

Sepatutnya, ianya berbeza.
Sepatutnya.

Monday, June 25, 2012

Of first year and dependency

Bismillah. Assalamualaikum :")

Alhamdulillah 3ala salamah, selamat menduduki imtihan nihaie semester 2, merangkap sem terakhir aku untuk tahun pertama (okay cerita lama, baru nak tulis hehe). selamat check in di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru setelah terpaksa menempuh pelbagai onak liku perjalanan Amman-Muscat-Kuala Lumpur. Hampir aku terduduk putus asa, redha apa sahaja yang mungkin berlaku. tapi yeahh, bukan namanya Nadiyah lah kalau tak adventure macam tu kann *grinning smile*

So whats with 'of first year and dependency?'
*tampar pipi* well, jika ditanya pada aku, sememangnya aku masih tak percaya aku sudah fly ke Jordan, dah melalui satu tahun (k tipu tak smpai setahun lagi), dan dah balik Malaysia balik dah pun. dan lagi tak percaya aku berjaya hidup luar dari rumah. it can be considered as dependency sohh?

maka timbullah satu lagi soalan :
''hak alah nadiyah, kau duduk jordan jauh dengan family. tp ada kakak kt jordan rumah sepelaung je, boleh jumpa bila bila. boleh guna duit bila bila. boleh gaduh macam biasa tak payah pakai skype mahupun oovoo. so still?''


*gambar selingan : ini tutti fruti versi Jordan*

yes. maka itulah isunya. me myself know better about myself kan? aku datang Jordan bukan setakat nak datang belajar stres stres homesick belajar arab yeayy dapat mumtaz macam tu je, aku ada vision aku sendiri. dalam tempoh 4 tahun yang aku ada. so sekarang, 1 tahun telah habis maka tinggal lagi 3 tahun. dan dengan kata lain, tinggal lagi setahun untuk aku betul-betul grab chance yg ada sementara kakak ada lagi di Jordan....and the rest is rested as my unnecessary story to be told, to you :)

dan tahun pertama aku di Jordan, banyaaak sangat perkara aku dapat. terlalu banyak. sampai aku jatuh sayang pada bumi Jordan itu. *and of course I love Malaysia more hehe* segala yang bahagia dan derita semua aku simpan menjadi satu aset berharga dalam hidup. ini baru tahun pertama. so more surprises of life await kan? senyum.

so I managed to get my driving license Alhamdulillah. segala cerita di sebalik nak dapat sekeping kad biru itu sungguh priceless. segala keserabutan yang ada bersama itu sungguh takkan dapat dilupakan!

 I failed once for the theory examination. Husna said that it is because of my life motto is 'Break the cliche', so I got what normal people didn't get. Eg ; fail in exam teori ni. Hellooo siapa yang fail exam ni? kalau practical boleh terima lah kan? haha. 

Alhamdulillah untuk muaddal (pointer) untuk tahun pertama ini. Walaupun mumtaz cukup cukup makan iaitu hanya 0.3 dari peruntukan minimum, tapi Alhamdulillah atas rezekiNya. I reap what I sow kan? Dan dgn words lain ialah padan muka diri sendiri lah kan? 

 teman study ; candy and besta. 

Dan sesungguhnya aku SANGAT takut untuk menghadapi tahun akan datang lagi. sebab subjects makin susah, bahasa arab dalam buku makin complicated, juniors makin ramai dan semoga aku tidak menjadi semakin malas. Allahumma ameen.
Cemerlang itu wajib, bukan pilihan :')

 Good Morning and Good Night note from Aufa. how sweet of her <3

 random babbles. and random penconteng. and random penyibuks. 

bila duduk jauh dengan family, kekuatan kita mestilah kawan kawan, bagi aku (dengar ni, ni bagi aku, taktahu bg orang lain) nak 'hidup' kat overseas ni senang je. kena pandai pilih kawan. sebab pengaruh rakan sebaya sangat kuat. jadi either kita yang pengaruh kawan kita, atau kawan kita pengaruh kita. sebab mostly aku nampak macam tu lah. with that, I rest my case.

tapi ada jugak yang biasa biasa. tak terjentik sikit pun dengan kawan sekeliling dia. dengan ini aku respect mereka. because i've witnessed a few jugak lah. well, semua orang berbeza beza. celebrate differences :)

 schoolmates yang kini menjadi university-mates. 

 and them. how annoying or boring they might be, I love them very much :D

dan tahun pertama ini aku menjejakkan kaki ini ke tanah Andalusia dan Ireland yang kalah awal awal lagi for EURO12. K. apa yang membuatkan hati aku sedikit bahagia ialah aku melawat segala tapak islam di Andalusia itu bukan dengan fikiran kosong hanya nak datang snap snap gambar upload fb twitpic yeay org RT yeay org like semata, tapi daurah Andalus yg dibekalkan sebelum berjaulah ke Spain itu benar benar dapat membuka mata aku, tentang hakikat sebenar melihat tapak binaan orang islam suatu ketika dahulu.

perasaannya? takkan pernah berjaya aku ungkapkan dengan taipan jari atas keyboard mahupun kata kata menceritakan pengalaman. 

 morning walk with akhawat Dublin :)

Hmm,
another thing : GMJ 

 Lol. Adah and Nadia gave me this drawing. They say it really portrays how am I actually and how I usually act. Plus the bunga kat tudung tu, so sweet of them, faham betul kawan mereka macam mana.

 me and husna (lagi?) at Amman, supporting GMJ. panas sangat sangat. balik aku demam.
tak tipu.

so I end this crappy post (haha) with a picture of my girlfriends, my crying shoulder my punching bag my ears and my strength absolutely. together we strive towards better us insyaAllah. 

oh Allah, I love them, keep them beneath Your love and compassion.
Always and forever ameen.


''belajar oversea ni, kita jauh dari family. so ada dua kemungkinan je. either kita tak sempat jumpa mereka. atau mereka yang tak sempat jumpa kita''

''bila kita ada masalah, bila kita rasa serabut, mungkin tu tanda kita dah jauh dari Allah, tingkatkan lagi pergantungan pada Dia. mesti ada ma'siat atau dosa hati kita dah buat. sampai hati kita jadi tak tenang. Astaghfirullah. ''

''ujian ni, ada dua je. samada untuk nak hapus dosa kita, atau nak naikkan taraf darjat keimanan kita. thiqoh lah pada Dia''

''Nadiyah, you're more than that. you're strong enough. endure it. have faith in Him''

''kita buat apa apa, biar Allah redha, kalau tak, sangat sia sia''

Moga Allah kuatkan hati kita.

till then,
nadsnyi
Johor Bahru, Johor.