Wednesday, April 16, 2014

Rampasan bahagia

I dont know why i'll keep saying sorry upon every personal entries i'm posting. It's not like i seem to broadcast my life stories to the entire universe, yet please agree, sometimes you just need some spaces to pen whats been happening. I, am trying to limit this. 

--------
Malam yang dingin, pegang dada, bicara dengan hati. Rasakan angin yang bertiup lembut, pejam mata, lapangkan fikiran. 

Tapi, yang satu itu, tetap tak mahu berganjak daripada minda. 

Kau dah bahagia sekarang kan.
Mungkin inilah sebenarnya yang kau cari selama ini.
Selama tempoh aku di sisi, kau selalu runsing, serabut dan tertekan.
Memang aku bukan kawan yang terbaik untuk kau, kan

Bila begini,
Aku nampak kau bahagia.
Walaupun kau kata kau tak minta perkara jadi begini,
Tapi bahagia itu aku kira, kau rasainya.

Dan kali ini,
Definisi bahagia yang bagaimana,
Mungkin kau dah tak perlu tentukan,
Bahagia ialah, hidupmu sekarang.

Pergilah kawan, pergilah mencari diri.
Dan aku cuma mahu kau tahu,
Bila bila mahu kembali, tangan aku akan ceria menyahut,
Walau bersama duka dan luka,
Sedih dan kecewa.

Mungkin aku akan rindu,
Kau yang akan cari aku bila sedih.
Kau yang akan cari aku bila gembira.
Kau yang akan cari aku bila, bila-bila. 

Dan,
Mungkin juga salah aku,
Yang tak pernah mampu memberi perhatian, kasih sayang dan cinta sepertimana yang diberi oleh dia,
Yang kurang peka akan keadaanmu.
Salah aku, aku sedar. 
Nyata kini, peluang untuk aku tertutup rapi,
Atas hadirnya insan itu bernama lelaki.

Jika kau kata aku tak faham apakah itu perasaan yang kau sedang rasai,
Aku sangat faham, aku juga perempuan yang punya rasa. 
Cuma atas kadaran kehidupan yang berbeza,
Aku pilih untuk alokasi rasa itu pada kotaknya yang istimewa. 
Pada penerimanya yang masih, misteri, aku kira. 

Aku hormat, dan aku redha. 
Tapi, aku juga manusia. 

Akhirnya, Nadiyah Syahira juga seorang perempuan; rupa-rupanya. 

Rampasan bahagia; 
160414

Friday, April 11, 2014

April's serendipity

"Stumbles upon something truly wonderful, especially while looking for something entirely unrelated"
-----
Punyalah pemalas nak type. Main screenshot je. Asal boleh hihi. 




Hanya tahun ini, yang aku pilih untuk bersikap terbuka dan bercerita pada mereka. Sebab, aku rasa ini masanya untuk aku evaluate diri aku, setelah 4 tahun. 

From Husna
Yep, it's a re-birth indeed :)

From Arina.
Semoga apa yang aku nak sebenarnya, tercapai. I dont care dengan siapa i would end up with, it is me who will decide and chart my journey. 

And lastly, wish yang paling rasa nak kasi lempangan korea. Hahaha. From Jannah. 

Ini tahun terakhir aku untuk celebrate this date. Aku akan ingat, still. Tapi memilih untuk move on from being hooked up from the past for too long. Bukanlah selama ni aku tak move on, tapi to be honest aku kadang kadang masih terkesan dan sedih. 

Aku takkan lupa.
My April's Serendipity.

An 'unlucky' event that shapes who am i now. May the path and quest, shall converge, forever and always. 

Thank you Allah, for this convergence. 
Cling my heart onto you, eternally. 

And i'm happy now, alhamdulillah :)

Saturday, April 5, 2014

Jalan yang lurus, kian berhala

If it is meant for us, it will eventually find its own way towards us. Although there will be many detours, diverted roads and divergences, Allah still will steer it to us. Along the journey, as time goes by, we might feel that it seems way too far from us. Lost by sight, lost by heart. 

Worry not.
Have faith. 

The light in the end of the tunnel is there, we are just yet to see it. For each darkness, there will be a spark of light. So do this. 

Have faith. 

---------------
Pejamkan matamu, untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah, di mata kita, tetap indah
Selagi kau masih percaya

Kecewa, tertawa, terpisah
Jalan yang lurus kian berhala
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia, semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu,
Kita bersama, masih muda, masih mentah
Ku harap kau masih percaya

--------------
Preparing to ace another 9th April in life, how was i? How am i? 

Jalan yang lurus, kian berhala.
Tapi aku percaya, setiap halaan akan mendorong ke arah lurus itu

Pilih, 
Dan percaya.