Friday, December 28, 2012

untitled post (:

Bismillah. While i'm typing this, i'm still thinking why on earth i am so active updating this blog. Yes I know I also don't have any specific answer on that. Sue me for being so 'productive'. Haha hambar.

Okay.
I dont know where to start.

Student syariah di Jordan, (Syariah ini meliputi course Usul Fiqh, Usuluddin, Pengajian Islam dan Perbankan Islam. Siapa tak faham boleh whatsapp) wajib mengambil 9 jam credit hours utk subject Tilawah & Hafazan. Ada 6 Juz kena hafal. Terpecah kepada 2-2-2. Juz 25 sampai 30.

Tak berkualiti sungguh muqodimah. Failed nak publish buku. Oh pleasee like I want to, in the first place. Hambar lagi -.-

Orite.
Seperti yang aku tulis dalam page 'the me', I was a student in SM Islam Hidayah. Sekolah ni, masuk je form 1, diberi pilihan untuk kita nak masuk kelas tahfiz atau tidak. Sistem pembelajaran tetap sama, cuma diasingkan kelas dan ada subject syariah yang dikecualikan daripd batchmates yang lain, dan ada subjects yang kena belajar eg Ulum Quran dan Tafsir (kalau tak silap lah, heh)

Sistemnya bukan seperti di salah sebuah sekolah Musleh yg lain iaitu SM Islam Hira', sekolah saya takde Ma'had yang dikhususkan untuk tahfiz. Sekolah saya campur tahfiz dan sistem pembelajaran biasa. Amek SPM macam orang lain, amek PMR macam orang lain.

Jap, aku tak intend untuk promote sekolah. Tapi this is my warming up introduction since till this point, I still couldn't find my way to portray what had been lingering in my mind, now.

Nak dijadikan cerita, masa orientasi Form 1, I chose to enroll in kelas tahfiz, decision yang aku tak consult parents langsung, tak discuss dgn kawan langsung, semua ikut kepala sendiri. (macamlah sekarang tak?) Dengan fikiran yang kosong, aku pergi audition. Task dia, kena hafal dalam masa setengah jam satu muka surat dari AlBaqarah, aku ingat lagi page mana :) Dalam minda bawah sedar lagi, aku pergi tasmi' dengan Ustazah yang jaga tu, within less than half an hour.

Dan bermula lah aku jadi robot yang hanya menggerakkan mulut dan bibir dan lidah untuk menghafal AlQuran. Tanpa sedar sebenarnya aku adalah pelajar tahfiz, yang menghafal AlQuran. Lain dengan pelajar lain. Aku terus menjadi robot dan terus hafal kitab Allah itu, hanya untuk nak habiskan muqarrar. Hafal tasmi hafal tasmi hafal tasmi kem tahfiz balik kem tahfiz balik.

Kitaran hidup aku sepanjang 5 tahun sekolah menengah.
Robotic movement.
Was that too harsh? Yes it was, and yes reality hurts truth bites.

Di bawah sedar lagi, dalam hidup aku, bila dengar ayat Quran dalam radio (especially bila dah sampai Jordan, pakcik teksi dan coaster suka pasang ayat Quran), mulut aku bergerak untuk ikut apa yg dibaca. Walaupun tak semua. Kalau tak dapat gerakkan mulut, aku boleh bayang ayat tu kat mana, part mana dalam Quran, belah kiri atau kanan mushaf, atas atau bawah, atau apa ayat first muka surat tu.

Mungkin bagi orang lain, akan cakap bersyukurlah anda Nadiyah. Kenapa nak fikir serabut bagai?

Tapi tidak bagi aku.

Aku sedih sebab kenapa dulu macam, hafal tanpa hati? Kenapa dulu, hafal tanpa ada niat yg betul-betul jelas kenapa nak hafal Quran. Aku yakin, ** juz (aku tak hafal 30 ye, harap maklum. sebab masa form 5 buat peraturan sendiri dengan ustazah, nak limit sampai mana je) yang aku berjaya hafal dan tasmi' ni, bukan daripd hati aku yg betul-betul nak hafal disebabkan nak letakkan ayat Allah dalam hati, tapi berjaya sebab kelebihan intelektual dan minda yang Allah bagi, untuk aku cepat ingat dan senang hafal. Tu je. Yes. Itu sahaja.

Bila dah reborn kat Jordan ni, bila dalam usrah akan tadabbur ayat, baru rasa apa sebenarnya Allah nak sampaikan melalui AlQuran ni. Satu mushaf yang 5 tahun aku bawa. Bila murobbi nak mention ayat Quran, tapi dia tak ingat ayatnya, dan aku mampu tolong -- aku rasa sedih. Sebab dulu hafal hanya untuk permainan minda. Now. Aku takut Quran tu akan jadi hujah ke atas aku, bukan hujah untuk aku nanti (hadith- hujjah lak, au hujjah 'alaik). Takut Quran tu jadi fitnah, sebab dulu hafal bukan atas dasar cinta pd quran, tp sekadar jadi robot dan gerakan lazim dan rutin semata.

Astaghfirullah.

Yes tapi aku tak nafikan aku still bersyukur sebab ayat Quran yang aku hafal, aku ada lagi. Tapi tak tipu, perasaan kesal itu tetap ada. Lagi-lagi bila baca post yg aku pernah post kat blog batch aku click if you want to read , sebenarnya aku nampak je kepentingan Quran tu, tapi entah, perasaan still kosong lagi. Dapat Anugerah Tahfiz Cemerlang pun (euww so geli to type this), rasa mcm nak campak piala. (Tapi piala tu kat Malaysia hmm)

Sebab tu,
Bila kena amek subjects tilawah tu kat sini, aku macam tersentap jap. ''Oh wait im gonna to hafal quran, just like i did before kt sekolah, so whats the difference aku yg dulu dan aku yg sekarang, if i'm still the old me yg hafal gtu je, tak tengok makna ayat, ingat dalam kepala hilang dalam hati''

Shesshhh.
Mula-mula tadi kemain taktahu how to start and now it seems to be an endless entry, I suppose ;p

Entahlah. 
When we truly realize why He sent us this Quran, why He preserves this Quran till our generation, why He tells us all the stories of life and world in the Quran, why He hints us about choices of life, thru the visualization of Qiyamah, portraying Syurga dan Neraka in His Holy Quran, then we will resort in deciding to preserve it too in our heart. 

Niat kita akan tulus untuk ingat kalam Dia, hati kita akan sedar dan conscious kenapa kita nak hafaz kalam Dia. Sentiasa. 

Dulu aku hanya anggap tahfiz ni sebagai satu subjek (yes sadly to say, it was),
Semoga sekarang tidak.
Didn't I mention in my previous post, yang bila kita dah sedar kita dah membesar,
seluruh cara kita melihat kehidupan, akan berbeza?

Sepatutnya, ianya berbeza.
Sepatutnya.