Fikir banyak kali lah jugak nak ke tidak letak kat sini.
Oh and this is a very long entry you dont even want to finish it. So it is advisable for you not to start reading it in the first place. Till then.
-------------------------------------------
-------------------------------------------------------------
‘’Nadiyah, awak nak apa dalam hidup sebenarnya?’’
‘’Menjadi manusia. Dah terlalu banyak masa ana bazirkan’’
‘’Maka carilah diri. Selamat membesar. Jaga hati, jaga iman’’
Oh and this is a very long entry you dont even want to finish it. So it is advisable for you not to start reading it in the first place. Till then.
-------------------------------------------
Debat dan hidup.
‘’Nadiyah, awak nak apa dalam hidup
sebenarnya?’’
‘’Macam-macam ana nak, ustazah’’
‘’Tapi dengan ego begini, tak mungkin’’
‘’Macam-macam ana nak, ustazah’’
‘’Tapi dengan ego begini, tak mungkin’’
------------------------------
Ringkas.
Ketika Ustazah meminta aku menyiapkan satu coretan alumni debat Sekolah Menengah
Islam Hidayah, aku terdiam seketika. Apa yang ingin aku tulis? Apa yang aku
layak beri? Dan setelah melalui tempoh berfikir yang sangat panjang, aku
memilih untuk menceritakan beberapa point signifikan yang telah aku peroleh
dalam hidup, melalui penglibatan aku dalam debat di sekolah.
Difahamkan
tulisan ini akan ditatap oleh junior debat sekarang. Hai semua J
Sejujurnya,
perjalanan aku sebagai pendebat sekolah bukanlah perkara yang mudah. Memaksa
diri untuk training bersungguh-sungguh, mempraktikkan apa yang coach ajar,
menyusun apa yang perlu difikir, menerima kritikan dengan hati yang tebal (walaupun
ada beberapa kali sesi drama air mata, okay banyak kali sebenarnya), membahagikan
masa dengan baik untuk study, buat sehabis baik dalam exam dan berpenat dalam
persiapan ke tournament. Semua itu sangatlah mengajar banyak perkara. Ditambah
lagi dengan konflik hati dan perasaan yang tidak berkesudahan.
Pertama
:
Jika ditanya apakah yang aku paling aku
hargai sepanjang berada bersama dalam debat ialah ; guru dan sahabat yang
sentiasa bersama kita. Di saat kita dipandang rendah oleh rakan lain, ada
sahabat setia yang menyokong kita sentiasa. Ketika kita hampir tergelincir,
kita lupa kita ini siapa, ada sahabat yang sudi menyedarkan diri kita. Tak
pernah berputus asa untuk kembalikan diri kita yang sebenar. Di ketika kita
sangat perlukan rakan untuk menggagah bahu, mereka ada untuk bersama meredah
kesusahan dan kekecewaan. Mereka yang memahami diam kita mengapa, suka kita
mengapa dan duka kita mengapa. Adanya guru, yang telah kami anggap ibu kami
sendiri, untuk sentiasa membantu membangun akhlak disamping menggilap potensi.
Tidak pernah jemu menasihati sungguhpun kerap kali diulang kesalahan yang sama.
Sentiasa menyokong walaupun orang lain mengeji kita atas kekhilafan yang
dilakukan. Sentiasa memimpin tangan aku, walau ada kalanya aku yang melepaskan
pegangan tersebut. Mendidik aku tentang kehidupan, mendidik aku menjadi
manusia.
Kedua
:
Tidak akan pernah aku sangka, melibatkan
diri dalam debat sangat mengajar aku menjadi ‘pengajar’. Bukan sekali
aku ditempatkan team bersama junior ; yang masih baru, yang masih banyak perlu
dibimbing skil debatnya. Kadangkala (atau memang selalu), menguji
kesabaran dan ego sendiri. Memang dikenali sebagai ‘kak nadiyah yang garang
dalam team’ , tapi di luar team baik dan tak garang. *Erk, semoga*. Aku
terharu dengan coach yang sentiasa kreatif memikirkan idea baru untuk
menyerlahkan bakat kami. Coach yang mengajar aku bahawasanya we will gain
more when we teach the others. Betul. Rupa-rupanya hinggalah ke saat ini (aku
di tahun 2 pengajian degree) , aku masih menjadi ‘pengajar’ kepada rakan-rakan kuliyah. Aku belajar menyelami
jiwa manusia, aku belajar menganalisa fikiran manusia dan aku belajar untuk
bersuara dengan cara yang professional. Sekiranya tidak perlu, lebih baik diam.
Debat tidak mengajar kita menjadi manusia yang suka membantah, suka membangkang
dan sentiasa merendahkan manusia. Tetapi aku belajar, debat mengajar aku menjadi
manusia yang lebih matang dalam berfikir, bersuara hanya apabila perlu dan
rasional dalam meraikan perbezaan pendapat. Sekiranya dengan debat anda menjadi
manusia yang lebih degil dan hanya mengikut emosi sendiri sahaja, anda belum
lagi memaknai apa sebenarnya yang dikatakan ‘kehidupan’ dalam debat.
Ketiga
:
Aku ada sebut tentang ego di awal coretan.
Dalam kalangan rakan-rakan debat, semua maklum bahawa aku sangatlah degil dan
mempunyai ego maha tinggi. Bukan sedikit jiwa yang sudah tercalar dek kerana
ego yang melangit ini. Melalui hari-hari aku bersama mereka, aku terdidik untuk
melenturkan ego. Bagaimana? Melalui kekecewaan dan kesakitan. Melalui kesedihan
dan kepedihan. Adik-adik, jika anda lihat kami bahagia dengan pencapaian debat
ini, jika anda merasakan sangat mudah mendapat itu semua, sungguhlah tidak.
Banyak siri dan episod kehidupan yang kami lalui, sehinggalah akhirnya sekolah
swasta nan terceruk di hujung Kampung Sinaran Baru ini dipandang oleh
masyarakat. Banyak pengorbanan perlu dilakukan. Bukan sedikit pengorbanan yang
ustaz, ustazah, coach lakukan. Tak terbayar kesemuanya. Dah bukan sedikit
pengorbanan yang semua pendebat lakukan. Pengorbanan dari pelbadai aspek. As
for me, aku belajar untuk mengenepikan ego dan emosi aku, untuk terus menapak
dalam membina dan improve diri sendiri. Bagi manusia yang egonya susah untuk
dilenturkan, hal ini sangat susah dan sakit. Tapi aku belajar. Dan akhirnya,
aku mampu.
Keempat
:
Dengan kekangan masa yang ada, kami perlu
juga untuk terus tunjukkan kecemerlangan akademik. Mematahkan stigma orang
ramai yang mengatakan budak debat tak pentingkan akademik, tak masuk kelas dan
sebagainya. Urgensi untuk tunjuk pada parents bahawa kita tetap tidak lupakan
prioriti utama kita. Bukan senang. Sangat susah. Melalui training yang sangat
banyak, yang memaksa otak dan minda untuk menjadi lebih kritikal, aku dapati
semakin mudah untuk aku mencerap segala bahan pelajaran. Ustazah kata,
keberkatan masa. Mungkin. Bila masa kita semakin sempit dan sikit, kita akan
berusaha untuk compress semua benda dalam keadaan yang paling produktif. Dan
itulah yang kami rasa. Mungkin lagi sekali.
Kelima
:
Ini point aku yang terakhir. Melalui
penglibatan dalam debat, aku belajar mengenal kehidupan. Aku bukan sekadar
belajar untuk menganalisa isu dan fakta, bukan semata meningkatkan kemahiran
berkata-kata ; malah mempelajari apa itu hidup. Kata coach, debat itu
kehidupan. As time goes by, aku semakin memahami apa itu kehidupan. Belajar
bagaimana melalui kehidupan. Dalam debat, kita akan stress. Maka perkara yang
kita belajar untuk develop ialah how to respond on that. Dalam debat, kita akan
sedih. Maka kita belajar what should we do to ensure that we wont repeat the
same old mistake. Dalam debat, kita akan kalah dan kecewa. Tapi apa yang paling
penting ialah bagaimana kita akan berdiri balik dan belajar daripada kesilapan.
Semua ini akan develop emosi dan fikiran, how we control ourselves, how to
adapt dengan suasana yang baru, how to react with all types of situations dan
segala ‘how to’ yang lain. Semua ini ialah skil kehidupan yang tidak
akan mudah kita dapati. Apabila dikatakan skil, ianya perlu dikembangkan
melalui pengalaman. Dan pengalaman, ada yang manis dan ada yang pahit. Aku,
belajar itu semua. ‘Surviving skills’ dalam hidup. Pengalaman ini juga akan
sangat mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Belajar daripada kesalahan,
bangun daripada kesedihan dan meletakkan emosi dan ego pada kedudukan
sewajarnya—walau bertentangan dengan kehendak sendiri. Sangat banyak mengajar.
Semua ini anda akan sangat hargai apabila dah keluar dari sekolah, dah
membesar. Percayalah :D
Kata
coach aku lagi, he didn’t teach us debate, he taught us about life. And that is
exactly what I’ve learnt throughout my 5 years. Hamdalillah.
Kini,
insan yang menaip ini sedang di tahun kedua pengajiannya di Yarmouk University,
Jordan dalam jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam. Jika dilihat, aku tidaklah
membesar menjadi pendebat. Aku tidak menjadikan debat sebagai karier. Tetapi
segala skills dan sahsiah yang aku belajar dan terdidik melalui penglibatan
dalam debat, itulah yang aku bawa sehingga kini. Semakin besar, semakin banyak
cabaran. Namun jika asasnya kukuh, kita pasti mampu hadapinya. Maka adik-adik,
seriuslah dalam apa yang dilakukan sekarang. Jangan terlalu meminta ditempatkan
dalam team yang terbaik, jangan terlalu manja dalam training dan jangan terlalu
banyak membawa masalah dalam kelab (seperti seniormu ini). Sesungguhnya
sekiranya kita benar-benar ikhlas dalam belajar, kita akan menerima dengan hati
terbuka segala susunan, segala planning. Seperti halnya Nabi Musa dan Nabi
Khidir (rujuk suruh Kahfi), kerendahan diri dalam belajar itulah yang
paling utama. Aku sudah selesai 5 tahun sebagai pendebat sekolah, aku bukan
lagi seorang pendebat. Namun kecintaan pada dunia yang mengajar aku kehidupan
ini mendorong hati ini untuk tetap kembali ke ‘sana’, walau sejauh mana pun aku
pergi, walau sejauh mana pun aku lari.
-------------------------------------------------------------
‘’Nadiyah, awak nak apa dalam hidup sebenarnya?’’
‘’Menjadi manusia. Dah terlalu banyak masa ana bazirkan’’
‘’Maka carilah diri. Selamat membesar. Jaga hati, jaga iman’’
Terima
kasih semua,
Mana mungkin diri ini lupa,
Mereka yang sentiasa ada,
Walau diri jauh di mata.
Mana mungkin diri ini lupa,
Mereka yang sentiasa ada,
Walau diri jauh di mata.