Bismillah. Assalamualaikum :D Alhamdulillah alhamdulillah, cuti dah pun habis, winter trip dah pun selesai, tenaga dah recharged. Sekarang sedang mula semester 2 tahun 2. Perasaan? Entah.
Last winter I went to Spain and Ireland, and i've been sustained with the Daurah Andalus to ensure i am not just jalan-jalan je tapi jalan dengan pandangan hati yang celik. Alhamdulillah untuk itu. This winter? Tiada daurah sebelum pergi, yang ada hanyalah Jaulah Jelajah Jordan bersama Kak Shima dan kanak-kanak (haha) tahun 1. Laporan bergambar jaulah tersebut akan menyusul :p
So i'm here right now just to put some of the pictures, containing all the stories we've been through in the United Kingdom for about 11 days. Aku tak prefer nak buat laporan minit mesyuarat kat sini, i just want the memories remain here, in my space.
So i present to myself, our ER Winter Trip :')
Jaulah-mate. With Husna, Jannah and Arina. The best mates indeed.
Motif baca mathurat sambil tunjuk mathurat? Haha Arina =.=''
Okay, gambar bawah ni. Aku rasa macam nak bercerita.
Antara sebab aku nak pergi UK this year ialah, untuk berjumpa dengan seorang kakak yang sangat signifikan dalam hidup aku. Lets call her, Kak Fiza :) We met during the IIU Debate, being introduced by our coach. Hmm. And the rest is history.
Di London kami akan berjumpa dia, and sangatlah terharu bila kak fiza belikan tiket train sebab takut kami susah sebab arrive London pagi buta. Kak Fiza belikan tiket dan selit tiket tu kat celah-celah Al-Quran dalam chapel kat Gatwick Airport. So kami pun buat explorace mencari tiket yang ditinggalkan kak fiza. Haha.
''Nadiyah, tiket tu akak selit dalam 3 surah. Surah An-Nur, AsSaffat dan Ankabut''
Us with Kak Fiza, dinner dan taujihat di Queensway.
Us with Kak Fiza lagi, on the way to LSE ikut Kak Fiza pergi kelas :D
So done with Kak Fiza's part. How i want to put it into words eh.
Sejujurnya rasa macam banyaaak lagi yang aku nak cakap dengan Kak Fiza, about this and that. About the past the present and the future. But it seems to be refrained by the time constraint. I couldnt let it all out. Tapi nak buat macam mana. Anyhow, i thank Allah for giving that opportunity to meet her, even sekejap. Alhamdulillah.
-----------------------------
Recognize this mirror? Ini cermin yang Harry Potter nampak his parents dalam the first series of HP. Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Terus homesick semua orang diri depan ni. K kidding.
And we went to Malaysian Student Department of UK. Met this awesome lady. Bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia. This is when Arina rasa semangat nak study sebab this lady cakap ; ''nanti jumpa awak kat kementerian ye''
Edinburgh (:
Where my childhood begins.
Royal Botanic Garden. Kat sini Jannah dah start tak boleh jalan and start swollen kaki dia.
Which is aku rasa tak perlu cerita panjang,
Royal Botanic Garden lagi.
I JUST LOVE THE SCENERY!
Subhanallah :D :D
Okay. Maka gambar di bawah ni, ada ceritanya.
Kami pergi melawat Royal Yacht of Britannia. Katanya, ini yacht yang digunakan oleh Royal Family untuk pergi belayar dan bila-bila mereka nak buat aktiviti keluarga bersama-sama. Dalam yacht tu lengkap lah macam istana pun ada. Kalau senang nak gambarkan, dia ala-ala macam kapal Titanic. Mewah.
So this is the royal family masa Princess Diana hidup lagi.
Oh, excluding us :p
Satu sudut dalam yacht.
Dan sesungguhnya aku takdelah nak bercerita pasal keistimewaan kapal ni etc. Kapal ni memang hebat.
Tapi ada satu cerita yang signifikan tentang kapal ini ;
Bila kami pusing satu yacht ni, baru sedar yang sebenarnya, inilah transportation yang digunakan oleh Queen Elizabeth untuk buat visiting negara-negara luar. And surprisingly, dalam tempoh ke arah 1924 dan selepasnya, banyaaak sangat dia pergi visit negara-negara islam, negara-negara arab. Even dalam kapal pun banyak gambar pemimpin arab.
Okay mesti tak faham kan haha.
So kita semua tahu, antara yang bertanggungjawab dalam memperdayakan pemimpin negara arab dan islam semasa era kejatuhan Khilafah, untuk 'menuntut kemerdekaan' dari Khilafah ialah Britain. Armada mereka ligat pergi ke sana sini untuk 'berdiplomasi' dengan pemimpinnya. Memang sangat nampaklah flow route Queen Elizabeth masa zaman tu. Siap ada satu bilik meeting untuk Queen dan Captain discuss negara mana lagi nak pergi etc.
And Queen jugaklah yang utus Lawrence of Arabia untuk mempengaruhi masyarakat arab badwi di Jordan, seperti kisah di Wadi Rum. Kan? ;)
Fuh, kami dalam yacht tu rasa macam terbakar je. Ini rupanya, bagaimana mereka merancang. Ini rupanya, Ini Sejarah Mereka (ISM) :)
Semasa Ini Sejarah Kita (ISK), kian terkubur.
Dining hall. Sangatlah luxurious.
Oh. Dalam kapal ni juga ada keris malaya. Maaf tak ingat kisahnya.
Tapi kita semua tahu lah kan negara Malaysia memang hubungan baik dengan Britain.
Mohon semua refresh bagaimana negara kita memperoleh 'kemerdekaan' 1957.
Seterusnya bagaimana Lord Reid being hired. Persekutuan 1963,
dan sebagainya.
2 jam setengah dalam yacht tu memang kerja ktorg refresh sejarah je. Haha.
After 16 years, i'm here again.
Edinburgh Castle :D
Haa cerita kat Edinburgh Castle pulak, (fyi Edin Castle ni, dia macam kubu. macam kalau kt Jordan kita ada Karak Castle iaitu Kubu Salahuddin Al-Ayubi)
Di sini kami lagi lah terasa sayu. Hebat sungguh ketenteraan mereka. Seperti mana kalau naik kubu Salahuddin boleh nampak 3 negara, dan menggambarkan kehebatan ketentaraan masa itu, macam itulah kubu ini dibina. ISM :(
Fyi lagi jugak, Edin Castle ni dibina di zaman World War I & II. Dan mari refresh lagi sejarah, siapa yang 'menang' WWI? Siapa yang 'menang' WWII? Semuanya dapat dikaitkan ketika di atas puncak Edinburgh Castle ini.
Serious tak sangka, datang UK pun boleh dapat kait sejarah. Sebab bukan hadaf kami pun pada mulanya. Sejarah Kita, dan Sejarah Mereka.
Semoga sejarah yang kita pelajari, bukan sejarah yang kering.
Sesungguhnya sejarah merupakan tentera yang menguatkan hati.
Ini merupakan hadaf Back To Nature kami.
The Lake District :D
Tempat yang sangat countryside, kampung dan pedalaman.
Alhamdulillah selamat sahaja di sana.
Dan subhanallah, sangatlah cantiiik. Majestic and Authentic!
Next, Manchester.
untuk berjumpa dengan Jannah punya abang.
Macam-macam jadi kat sini, haha.
And rasa macam nak cerita jugak fakta yang aku baru tahu setelah melawat Manchester Uni, ada satu bangunan kuliyah mereka merupakan bekas bangunan church. Dan part yang menarik ialah banyak mayat had been buried beneath it.
Maka secara spontan saya terkeluarlah dialog ini,
''Jannah! Abang awak study atas mayat!''
maka dengan satu jelingan je dah buat aku diam 3 minit.
------------------
Birmingham City.
untuk berjumpa dengan Husna punya abang.
Ini rumah yang kami tumpang, jazakillah kak :)
Thank you very much to abang Jannah and housemates, and also kakak rumah kawan abang Jannah
Thank you very much to abang Husna and housemates, and also kakak rumah kawan abang Husna.
Ada abang macam best.
Stonehenge, Salisbury.
Nak kena cerita jugak ke kisah Stonehenge ni? Haha.
Bukan taknak share tapi jari macam dah lenguh, so long story short, sebenarnya stonehenge ni tak dapat dikenal pasti pun apa dia. Sebab monument ini sangatlah bertahun before century. Prehistoric English Heritage. And banyak sangat myth tentang beliau ni. Tapi yg paling rojih ialah dikatakan tempat ni merupakan tempat sembahan matahari.
Bila aku pusing satu batu ni, dan teliti serta buat lawatan tapak yang cermat, memang logik pun.
Tapi sekarang, beberapa batu ni je yang tinggal. Beliau patutnya dalam keadaan bulatan batu dengan ada satu batu tinggi di tengah-tengahnya. This monument is the mysterious one among the Archaeologist.
Beliau juga listed as one of the 7 wonders of the world. Juga wujud dalam desktop microsoft.
Selebihnya tentang kisah hidup beliau ni, aku dah macam tak berminat nak tahu. Banyak benar khilaf pendapat dan myths.
------------------------------------------------
Scones with clotted cream.
Since aku bukan jenis yang menghargai makanan dengan sebenar-benar penghargaan,
scones ni berjaya dihabiskan separuh sahaja.
Lalu,
kena brag dengan Husna -.-
Btw, bila aku google search, clotted cream yang paling sedap memang dikenali sebagai Devonshire Cream (which is tempat yg kami makan ni). Fuh Husna mesti tak menyesal sebab dia sangat menghargai clotted cream time kat sana.
Oh lupa nak mention where are we now.
We're now in Exeter, Devon :D
Tempat yang aku rasa, tiada student Jordan yg datang cuti ke UK akan singgah. Heh.
Samalah macam Lake District tadi.
Subhanallah!
Ini kat, err, tak ingat nama tempat. Tapi ini ialah on the way ke Land's End (penghujung UK)
Kami bertolak awal pagi sebab kalau boleh nak sampai kat atas puncak ini dan boleh tengok sunrise.
Tapi memang tidaklah, datang waktu winter haruslah hujan dan hujan sepanjang hari.
Anyhow alhamdulillah.
Atas ni memang tersangatlah memanglah cantik tersungguh.
Gambar macam edit, tapi tak edit.
Kerusi ni memang wujud tiba-tiba atas bukit ni. Sebab ada seorang manusia yang sangat suka duduk di atas ni dan beliau sangat inspired dengan ketenangan kt sini. So dia letak kerusi sebagai memorial tempat yang dia selalu duduk dengan ibunya :)
Sungguhlah.
Aku rindu dengan ketenangan di atas ini.
Allah :/
Another view.
Us with our car.
Senang nak reach tempat macam ni dengan kereta. Sangat best sebab boleh berhenti dan tengok view as much as we like. Subhanallah sangat cantik!
Oh and bukan kami pun yang drive. Jangan risau.
Kami ada driver (:
i'm typing this while visualizing i'm still there,
subhanallah alhamdulillah allahu akbar.
''(Dan mereka) ialah orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring seraya berkata ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada azab api neraka''
Dzouq.
''hati kita, biarlah ibarat sungai yang mengalir. sentiasa basah, sentiasa disucikan dari segala kotoran dan debu''
GPS yang setia. Still heading to Land's End.
Angin yang sungguhlah kuat.
''wal mu'tafikata ahwa''
Kalau tiada kabus yang tebal, boleh nampak Ireland dari sini. Tapi, bukan rezeki kami :)
Subhanallah. Ciptaan Allah, mata ini dah saksikan betapa tiada celanya ciptaan-Nya. Sangat cantik, sangat menyenangkan mata, menyejukkan hati.
Sempurna.
The best shot.
Macam kelakar pulak bila teringat dialog time ni,
''korang 4 orang diri kat sana, ana nak snap piece yang nampak korg macam power''
Sampai sekarang tak boleh comprehend power jenis apa lah yg cuba disampaikan.
This is soo calming!
Okay dah cukup banyak gambar Land's End. For me this is the best place i've ever been before.
Sangat cantik. Subhanallah. Tak terkata.
''Bagi sesetangah orang, alam mempunyai energi yang mampu memberi kekuatan'' -Husna.
True. Aku pernah post tentang terujanya aku tentang alam.
Alam yang kuat, alam yang tenang, alam yang cantik.
Alam yang tak pernah putus asa.
Hands down.
So on the way balik ke Exeter semula, kami singgah di rumah akhawat Plymouth. Akhawat ni baru je datang Jordan lebih kurang dua bulan yang lepas, dan menetap di Isti'ab :)
This is the last picture. Finally.
Collage of all the universities yang kami pergi, dengan kata lain, ini ialah semua universiti mereka yang bawa kami berjalan.
London School of Economics (LSE), Kak Fiza is in her final year in Accounting.
The University of Manchester, abang Jannah studying Engineering.
Birmingham City University (BCU), abang Husna completing his masters there.
and, Exeter University, my senior merangkap life and debate coach, studying Economics di sana.
-------------------------------------
I think this entry is about to end already.
Banyak sangat benda aku dapat sepanjang trip ini, dan aku bersyukur ini bukanlah satu trip yang kosong dan kering,
Eventho hanya berjalan tengok nature, jumpa orang sana sini,
Tapi aku percaya,
nilai sesuatu benda itu bergantung pada bagaimana kita letakkan nilai pada perkara itu.
Alhamdulillah 'ala kulli hal, wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin.
till then,
nadsnyi.
No comments:
Post a Comment