Wednesday, April 16, 2014

Rampasan bahagia

I dont know why i'll keep saying sorry upon every personal entries i'm posting. It's not like i seem to broadcast my life stories to the entire universe, yet please agree, sometimes you just need some spaces to pen whats been happening. I, am trying to limit this. 

--------
Malam yang dingin, pegang dada, bicara dengan hati. Rasakan angin yang bertiup lembut, pejam mata, lapangkan fikiran. 

Tapi, yang satu itu, tetap tak mahu berganjak daripada minda. 

Kau dah bahagia sekarang kan.
Mungkin inilah sebenarnya yang kau cari selama ini.
Selama tempoh aku di sisi, kau selalu runsing, serabut dan tertekan.
Memang aku bukan kawan yang terbaik untuk kau, kan

Bila begini,
Aku nampak kau bahagia.
Walaupun kau kata kau tak minta perkara jadi begini,
Tapi bahagia itu aku kira, kau rasainya.

Dan kali ini,
Definisi bahagia yang bagaimana,
Mungkin kau dah tak perlu tentukan,
Bahagia ialah, hidupmu sekarang.

Pergilah kawan, pergilah mencari diri.
Dan aku cuma mahu kau tahu,
Bila bila mahu kembali, tangan aku akan ceria menyahut,
Walau bersama duka dan luka,
Sedih dan kecewa.

Mungkin aku akan rindu,
Kau yang akan cari aku bila sedih.
Kau yang akan cari aku bila gembira.
Kau yang akan cari aku bila, bila-bila. 

Dan,
Mungkin juga salah aku,
Yang tak pernah mampu memberi perhatian, kasih sayang dan cinta sepertimana yang diberi oleh dia,
Yang kurang peka akan keadaanmu.
Salah aku, aku sedar. 
Nyata kini, peluang untuk aku tertutup rapi,
Atas hadirnya insan itu bernama lelaki.

Jika kau kata aku tak faham apakah itu perasaan yang kau sedang rasai,
Aku sangat faham, aku juga perempuan yang punya rasa. 
Cuma atas kadaran kehidupan yang berbeza,
Aku pilih untuk alokasi rasa itu pada kotaknya yang istimewa. 
Pada penerimanya yang masih, misteri, aku kira. 

Aku hormat, dan aku redha. 
Tapi, aku juga manusia. 

Akhirnya, Nadiyah Syahira juga seorang perempuan; rupa-rupanya. 

Rampasan bahagia; 
160414

1 comment: