Sunday, October 20, 2013

Culture?

Banyak benda jadi hari ni. And i came to a conclusion.

Kita, akan behave apa yang kita accustomed to be. Kita conditioned to be. Standard behaviour kita is what our sekeliling boleh terima kita. Kalau istilah orang biasa, supaya dapat blend in. Kita akan bersikap sesuai dengan masyarakat terdekat kita. Or sesuai dengan clan kita.

Kadang-kadang aku rasa, kita boleh jadi lain dari manusia. Tp disebabkan perasaan nak mingle dan blending in itu, secara tak langsung mould our personality to be the way our culture is being cultured.

Ada beberapa part dalam beberapa buah buku yang sangat well known, cerita tentang culture.

Siapa yang pernah baca Tuesdays with Morrie, ada satu part dalam tu cerita tentang culture. Kata Morrie kepada mutarabbinya, culture is defined by society. And society defines the culture. So society dan culture are complementary. Dan persoalan yg timbul, magnet mana lagi kuat? Ini bukan Classical Economic System yg semuanya berlaku secara automatic, so called 'invisible hand' and stuff. Surely ada 'something' yang menjadi kutub dalam mempengaruhi society dan culture yang terbentuk. And that, remains an unanswered question. Mempengaruhi diri kita sendiri dalam membina personality.

Being cultured and culturing?
Another issue to be thought for.

Lagi. Aku rasa majority dah baca Anthem by Hlovate. Eventho aku annoyed dengan certain people yg bising dia baru lepas baca Anthem and all they bragged about is Lee and the roses he gave Dash, fikiran aku still waras utk berfikir tentang satu point penting dalam cerita tu. It is about a third-culture kid. Kid yang tak boleh nak define jenis ikut culture mana. Tak melayu, tak western. So, sekali lagi menjadi persoalan, adakah benar personality kita terbentuk oleh suasana? And kenapa jadi macam tu? Why we're moulded by suasana? Kalau tukar suasana, tukar juga sikap. That, explains about kita bentuk diri kita sesuai dengan sekeliling untuk blend in dan senang nak mingle. Then bila selalu sangat migrate, sendiri keliru culture mana nak ikut maka jadilah dia third culture kid. Undefined. Aku quote ayat Hlovate yg banyak kali dia ulang. ''Environment moulds us''

Buku last. Which aku dah sentuh sikit point tentang ni kat atas. Tulisan Paulo Coelho, The Alchemist. Selalu sangat diulang line tentang 'what we're accustomed to be'. Apa yg kita dah dibiasakan selama ni, apa yg telah dirutinkan untuk kita, itulah yg kita akan behave. Somehow kita bukan android yang diprogramkan mengikut apa yg dimanualkan. Santiago sangat flexible utk nak 'masuk' dengan semua suasana. Tapi dia tak pernah sekali pun ubah prinsip dia tentang kehidupan. He regard semua culture dan manusia yang dia jumpa (or dalam buku tu, guna istilah 'omens'), semua are lessons yg akan bawa dia kepada his sole destination. Bukan sebagai apa yang bentuk diri dia, menjadi seperti itu. Kalau ikut istilah aku, (haha besar mandat!), semua tu just checkpoints yg akan mengajar something, bukan point akhir yg akan mempengaruhi keseluruhan personaliti dan diri.

Maka kawan-kawan, itulah bezanya.
Celebrating culture and moulded by culture.
____________________________________________

Sejujurnya aku suffocate sangat dengan sekeliling, yang seolah-olah jadi sangat terikut-ikut. Lepas tu buat clan dekat twitter, facebook etc. Aku rasa orang macam ni sangatlah fake. Tak genuine. Orang lain nak sarkastik, perli, kutuk atau (pakai line halim time jamuan mec hari tu), menyumpah orang dengan segala jenis binatang -- kita pun nak juga jadi macam tu. Sedangkan kita tahu benda tu tak beneficial dan immature gila kot.

I have nothing against anda semua. Tapi what happened tonight, sesama classmates sendiri 'perang saraf' kat timeline, aku rasa nak menjerit pecahkan skrin laptop. Yes aku tahu kawan aku tu memang salah, tapi aku tak rasa nak encounter kesalahan tu dengan go emo all the way and 'kononnya' jadi sarkastik perli apa semua tu is cara terbaik.

This is my point, kita tahu that's not even a decent way to act, tapi sebab sekeliling kita macam tu jugak, (budaya sarcasm judgmentalism dan kutuk mengutuk) kita rasa it is okay. Our culture says it is okay, sebab the society yg gazette the hukum yang state it is okay.  And we choose to be the bawang slices untuk blend in bersama halia cili kering yg lain. Kita rasa kita 'se-clan', senada dan seirama so apa masalahnya?

While in fact that is the whole problem -.-

Ada juga orang akan claim. ''Eh ini memang aku. Takde maknanya aku terpengaruh dengan orang lain''
Sorry mister, but i doubt that.

Dan, cara kita regard situation dan pandang isu pun jadi lain. Seperti apa yang terjadi juga pada aku hari ini. I thought aku berfikir dalam radar yang sama, while in fact tak pun. So jadilah aku ter-emo dengan diri sendiri. Which sepatutnya aku sedar dah lama dah. Terlalu berbeza. Aku terlebih skema and ortodoks kot. *claps*

Dr John Gray, i'm proposing, it's about time for you to write about the collision happened among Venusians themselves. Might be they didn't even realize, the hurt they convicted towards their own species was the hurt that they themselves abhorred if they were treated the same way. We'd done talking about Martians, the hows and whats regarding relationships, emotions and the list goes on to the which we were neglecting on how to behave and tolerate among women themselves.

Bukankah yang sama itu lagi susah nak diurus dari yang berlainan?
The rule of parallel lines states that.

Marilah mari. Lets grow up.
Bench our principle. And make sure prinsip itu datang solemnly dari diri kita, bukan atas apa yg dipengaruhi oleh culture dan society. Macam cerita Santiago tadi.

Thank you for weathering with my long-rambling-takde-motif entry. Panjang kot haha.

Till then,
Nadiyah Syahira Nordin.
211013

Friday, September 27, 2013

of 2nd year and maturity

Bismillah. Salam alaikum :)

I've been longing to publish this kind of entry (yes it was supposed to be published before i enter my 3rd year studies eyy) tapi disebabkan i tinggal laptop kat Irbid and balik Malaysia dengan senang lenang tak bawak banyak barang, so terpaksa postpone this post.

Alhamdulillah i am now a 3rd year degree student in Islamic Banking & Economics, Yarmouk Uni. 2nd year.. it was tough, mind-torturing and suffocating. And many yet to come. Itu cerita study, belum masuk hal peribadi lain yang sangat menuntut tenaga minda dan hati.

Anyway anyhow, aku tak mampu nak comment banyak tentang hari-hari sebagai pelajar tahun dua itu, sebab tak terluah syukurnya Allah mudahkan langkah aku. Alhamdulillah. Walaupun dengan bahagianya aku telah jatuhkan muaddal (pointer) aku time sem 1, tp dengan penuh kesedaran aku naikkan balik dan sekarang, eventho ada sedikit sebanyak penyesalan sebab tak all out dulu, akademik menjadi lebih stabil.

Time tengah menaip post ni, sambil-sambil aku belek notebooks aku sepanjang tahun 2, terjumpa aku tulis satu note. Dan note ini, menutup cerita tahun dua yang aku ringkaskan :)

It is easy for you because Allah ease it for you,
and it seems hard for you because Allah made it hard on you,
don't downgrade people when they couldn't do what you're capable to do,
and don't feel intimidated when you're incapable to do what they're capable to do so,
on top of all, He's the one who made it easy,
and lessen your burden when you found it is hard on you,
your intelligence, your capabilities, your potentials, your everything ;
It is not even yours.
Back to Him, who bestowed it all for you.
Alhamdulillah ala kulli haal, Astaghfirullah ala kulli zanbin.

''..kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata 'sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku', Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui'' (39:49)

----------------------------------------------

Aku tulis note ni masa tengah duduk di library, lari daripada orang yang suka compare aku dengan mereka. Yang suka complain kenapa result aku rendah, dan mula cakap itu ini. Yang suka rendahkan diri mereka bila result aku (sedikit) tinggi. Yang merasakan hidup ini adalah pencapaian akademik semata-mata. Bugger! Yang suka cakap aku manusia gifted sedangkan mereka taktahu aku punya struggle untuk nak improve dalam setiap apa yg aku buat, terutama study. Yang suka pandang rendah konflik diri aku dengan berkata 'alah nadiyah kan iron lady'. Yang mula take for granted perasaan dan emosi aku yang mereka regard as 'nadiyah kan tak kisah?'. And the list goes on.

Aku pujuk diri sendiri sebaiknya.
Dan kenapa aku kata of 2nd year and maturity?
Sebab di umur ini, di tahap tahun pengajian ini, aku sudah mula kenal diri sendiri, sudah berjaya bezakan antara realiti dan fantasi dan angan-angan, sudah tidak lagi deluding myself,
Juga sudah pandai untuk bercakap dan bertoleransi dengan emosi, perasaan, hati dan ego sendiri.

This is my starting point, lets read more about life.
I will surely meet my ups and downs again,
But what matters the most is how aku boleh manage semua ini.
Susah..

And yes sekali lagi, sekarang di awal pengajian sem 1 tahun 3 ini, aku bukanlah seorang manusia yang stabil. I'm fighting against my own inferiority. I'm battling against my own insecurity.

Perlukan masa sedikit untuk adapt, adjust dengan diri sendiri.
Allah yustur insyaallah.

:)

Wednesday, April 3, 2013

They asked me to write something upon my 5 years life-experience in debate. So..

Fikir banyak kali lah jugak nak ke tidak letak kat sini.

Oh and this is a very long entry you dont even want to finish it. So it is advisable for you not to start reading it in the first place. Till then.

-------------------------------------------

Debat dan hidup.

‘’Nadiyah, awak nak apa dalam hidup sebenarnya?’’
‘’Macam-macam ana nak, ustazah’’
‘’Tapi dengan ego begini, tak mungkin’’


------------------------------

                Ringkas. Ketika Ustazah meminta aku menyiapkan satu coretan alumni debat Sekolah Menengah Islam Hidayah, aku terdiam seketika. Apa yang ingin aku tulis? Apa yang aku layak beri? Dan setelah melalui tempoh berfikir yang sangat panjang, aku memilih untuk menceritakan beberapa point signifikan yang telah aku peroleh dalam hidup, melalui penglibatan aku dalam debat di sekolah.
                
               Difahamkan tulisan ini akan ditatap oleh junior debat sekarang. Hai semua J
               
               Sejujurnya, perjalanan aku sebagai pendebat sekolah bukanlah perkara yang mudah. Memaksa diri untuk training bersungguh-sungguh, mempraktikkan apa yang coach ajar, menyusun apa yang perlu difikir, menerima kritikan dengan hati yang tebal (walaupun ada beberapa kali sesi drama air mata, okay banyak kali sebenarnya), membahagikan masa dengan baik untuk study, buat sehabis baik dalam exam dan berpenat dalam persiapan ke tournament. Semua itu sangatlah mengajar banyak perkara. Ditambah lagi dengan konflik hati dan perasaan yang tidak berkesudahan.
               
               Pertama :

Jika ditanya apakah yang aku paling aku hargai sepanjang berada bersama dalam debat ialah ; guru dan sahabat yang sentiasa bersama kita. Di saat kita dipandang rendah oleh rakan lain, ada sahabat setia yang menyokong kita sentiasa. Ketika kita hampir tergelincir, kita lupa kita ini siapa, ada sahabat yang sudi menyedarkan diri kita. Tak pernah berputus asa untuk kembalikan diri kita yang sebenar. Di ketika kita sangat perlukan rakan untuk menggagah bahu, mereka ada untuk bersama meredah kesusahan dan kekecewaan. Mereka yang memahami diam kita mengapa, suka kita mengapa dan duka kita mengapa. Adanya guru, yang telah kami anggap ibu kami sendiri, untuk sentiasa membantu membangun akhlak disamping menggilap potensi. Tidak pernah jemu menasihati sungguhpun kerap kali diulang kesalahan yang sama. Sentiasa menyokong walaupun orang lain mengeji kita atas kekhilafan yang dilakukan. Sentiasa memimpin tangan aku, walau ada kalanya aku yang melepaskan pegangan tersebut. Mendidik aku tentang kehidupan, mendidik aku menjadi manusia. 

                Kedua :

Tidak akan pernah aku sangka, melibatkan diri dalam debat sangat mengajar aku menjadi ‘pengajar’. Bukan sekali aku ditempatkan team bersama junior ; yang masih baru, yang masih banyak perlu dibimbing skil debatnya. Kadangkala (atau memang selalu), menguji kesabaran dan ego sendiri. Memang dikenali sebagai ‘kak nadiyah yang garang dalam team’ , tapi di luar team baik dan tak garang. *Erk, semoga*. Aku terharu dengan coach yang sentiasa kreatif memikirkan idea baru untuk menyerlahkan bakat kami. Coach yang mengajar aku bahawasanya we will gain more when we teach the others. Betul. Rupa-rupanya hinggalah ke saat ini (aku di tahun 2 pengajian degree) , aku masih menjadi ‘pengajar’ kepada  rakan-rakan kuliyah. Aku belajar menyelami jiwa manusia, aku belajar menganalisa fikiran manusia dan aku belajar untuk bersuara dengan cara yang professional. Sekiranya tidak perlu, lebih baik diam. Debat tidak mengajar kita menjadi manusia yang suka membantah, suka membangkang dan sentiasa merendahkan manusia. Tetapi aku belajar, debat mengajar aku menjadi manusia yang lebih matang dalam berfikir, bersuara hanya apabila perlu dan rasional dalam meraikan perbezaan pendapat. Sekiranya dengan debat anda menjadi manusia yang lebih degil dan hanya mengikut emosi sendiri sahaja, anda belum lagi memaknai apa sebenarnya yang dikatakan ‘kehidupan’ dalam debat.

               Ketiga :

Aku ada sebut tentang ego di awal coretan. Dalam kalangan rakan-rakan debat, semua maklum bahawa aku sangatlah degil dan mempunyai ego maha tinggi. Bukan sedikit jiwa yang sudah tercalar dek kerana ego yang melangit ini. Melalui hari-hari aku bersama mereka, aku terdidik untuk melenturkan ego. Bagaimana? Melalui kekecewaan dan kesakitan. Melalui kesedihan dan kepedihan. Adik-adik, jika anda lihat kami bahagia dengan pencapaian debat ini, jika anda merasakan sangat mudah mendapat itu semua, sungguhlah tidak. Banyak siri dan episod kehidupan yang kami lalui, sehinggalah akhirnya sekolah swasta nan terceruk di hujung Kampung Sinaran Baru ini dipandang oleh masyarakat. Banyak pengorbanan perlu dilakukan. Bukan sedikit pengorbanan yang ustaz, ustazah, coach lakukan. Tak terbayar kesemuanya. Dah bukan sedikit pengorbanan yang semua pendebat lakukan. Pengorbanan dari pelbadai aspek. As for me, aku belajar untuk mengenepikan ego dan emosi aku, untuk terus menapak dalam membina dan improve diri sendiri. Bagi manusia yang egonya susah untuk dilenturkan, hal ini sangat susah dan sakit. Tapi aku belajar. Dan akhirnya, aku mampu.

                Keempat :

Dengan kekangan masa yang ada, kami perlu juga untuk terus tunjukkan kecemerlangan akademik. Mematahkan stigma orang ramai yang mengatakan budak debat tak pentingkan akademik, tak masuk kelas dan sebagainya. Urgensi untuk tunjuk pada parents bahawa kita tetap tidak lupakan prioriti utama kita. Bukan senang. Sangat susah. Melalui training yang sangat banyak, yang memaksa otak dan minda untuk menjadi lebih kritikal, aku dapati semakin mudah untuk aku mencerap segala bahan pelajaran. Ustazah kata, keberkatan masa. Mungkin. Bila masa kita semakin sempit dan sikit, kita akan berusaha untuk compress semua benda dalam keadaan yang paling produktif. Dan itulah yang kami rasa. Mungkin lagi sekali.

               Kelima :

Ini point aku yang terakhir. Melalui penglibatan dalam debat, aku belajar mengenal kehidupan. Aku bukan sekadar belajar untuk menganalisa isu dan fakta, bukan semata meningkatkan kemahiran berkata-kata ; malah mempelajari apa itu hidup. Kata coach, debat itu kehidupan. As time goes by, aku semakin memahami apa itu kehidupan. Belajar bagaimana melalui kehidupan. Dalam debat, kita akan stress. Maka perkara yang kita belajar untuk develop ialah how to respond on that. Dalam debat, kita akan sedih. Maka kita belajar what should we do to ensure that we wont repeat the same old mistake. Dalam debat, kita akan kalah dan kecewa. Tapi apa yang paling penting ialah bagaimana kita akan berdiri balik dan belajar daripada kesilapan. Semua ini akan develop emosi dan fikiran, how we control ourselves, how to adapt dengan suasana yang baru, how to react with all types of situations dan segala ‘how to’ yang lain. Semua ini ialah skil kehidupan yang tidak akan mudah kita dapati. Apabila dikatakan skil, ianya perlu dikembangkan melalui pengalaman. Dan pengalaman, ada yang manis dan ada yang pahit. Aku, belajar itu semua. ‘Surviving skills’ dalam hidup. Pengalaman ini juga akan sangat mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Belajar daripada kesalahan, bangun daripada kesedihan dan meletakkan emosi dan ego pada kedudukan sewajarnya—walau bertentangan dengan kehendak sendiri. Sangat banyak mengajar. Semua ini anda akan sangat hargai apabila dah keluar dari sekolah, dah membesar. Percayalah :D

                Kata coach aku lagi, he didn’t teach us debate, he taught us about life. And that is exactly what I’ve learnt throughout my 5 years. Hamdalillah.

                Kini, insan yang menaip ini sedang di tahun kedua pengajiannya di Yarmouk University, Jordan dalam jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam. Jika dilihat, aku tidaklah membesar menjadi pendebat. Aku tidak menjadikan debat sebagai karier. Tetapi segala skills dan sahsiah yang aku belajar dan terdidik melalui penglibatan dalam debat, itulah yang aku bawa sehingga kini. Semakin besar, semakin banyak cabaran. Namun jika asasnya kukuh, kita pasti mampu hadapinya. Maka adik-adik, seriuslah dalam apa yang dilakukan sekarang. Jangan terlalu meminta ditempatkan dalam team yang terbaik, jangan terlalu manja dalam training dan jangan terlalu banyak membawa masalah dalam kelab (seperti seniormu ini). Sesungguhnya sekiranya kita benar-benar ikhlas dalam belajar, kita akan menerima dengan hati terbuka segala susunan, segala planning. Seperti halnya Nabi Musa dan Nabi Khidir (rujuk suruh Kahfi), kerendahan diri dalam belajar itulah yang paling utama. Aku sudah selesai 5 tahun sebagai pendebat sekolah, aku bukan lagi seorang pendebat. Namun kecintaan pada dunia yang mengajar aku kehidupan ini mendorong hati ini untuk tetap kembali ke ‘sana’, walau sejauh mana pun aku pergi, walau sejauh mana pun aku lari.

-------------------------------------------------------------

‘’Nadiyah, awak nak apa dalam hidup sebenarnya?’’
‘’Menjadi manusia. Dah terlalu banyak masa ana bazirkan’’
‘’Maka carilah diri. Selamat membesar. Jaga hati, jaga iman’’

Terima kasih semua,
Mana mungkin diri ini lupa,
Mereka yang sentiasa ada,
Walau diri jauh di mata.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, wa astaghfirullah ‘ala kulli zanbin.
Nadiyah Syahira binti Nordin
Yarmouk University,
Irbid, The Hashemite Kingdom of Jordan.
March 2013

Monday, February 11, 2013

Winter and me.

Bismillah. Assalamualaikum :D Alhamdulillah alhamdulillah, cuti dah pun habis, winter trip dah pun selesai, tenaga dah recharged. Sekarang sedang mula semester 2 tahun 2. Perasaan? Entah.

Last winter I went to Spain and Ireland, and i've been sustained with the Daurah Andalus to ensure i am not just jalan-jalan je tapi jalan dengan pandangan hati yang celik. Alhamdulillah untuk itu. This winter? Tiada daurah sebelum pergi, yang ada hanyalah Jaulah Jelajah Jordan bersama Kak Shima dan kanak-kanak (haha) tahun 1. Laporan bergambar jaulah tersebut akan menyusul :p

So i'm here right now just to put some of the pictures, containing all the stories we've been through in the United Kingdom for about 11 days. Aku tak prefer nak buat laporan minit mesyuarat kat sini, i just want the memories remain here, in my space. 

So i present to myself, our ER Winter Trip :')

Jaulah-mate. With Husna, Jannah and Arina. The best mates indeed.

Motif baca mathurat sambil tunjuk mathurat? Haha Arina =.=''


Okay, gambar bawah ni. Aku rasa macam nak bercerita.
Antara sebab aku nak pergi UK this year ialah, untuk berjumpa dengan seorang kakak yang sangat signifikan dalam hidup aku. Lets call her, Kak Fiza :) We met during the IIU Debate, being introduced by our coach. Hmm. And the rest is history.

Di London kami akan berjumpa dia, and sangatlah terharu bila kak fiza belikan tiket train sebab takut kami susah sebab arrive London pagi buta. Kak Fiza belikan tiket dan selit tiket tu kat celah-celah Al-Quran dalam chapel kat Gatwick Airport. So kami pun buat explorace mencari tiket yang ditinggalkan kak fiza. Haha.

''Nadiyah, tiket tu akak selit dalam 3 surah. Surah An-Nur, AsSaffat dan Ankabut''

Us with Kak Fiza, dinner dan taujihat di Queensway.

Us with Kak Fiza lagi, on the way to LSE ikut Kak Fiza pergi kelas :D

So done with Kak Fiza's part. How i want to put it into words eh. 
Sejujurnya rasa macam banyaaak lagi yang aku nak cakap dengan Kak Fiza, about this and that. About the past the present and the future. But it seems to be refrained by the time constraint. I couldnt let it all out. Tapi nak buat macam mana. Anyhow, i thank Allah for giving that opportunity to meet her, even sekejap. Alhamdulillah.

-----------------------------

Recognize this mirror? Ini cermin yang Harry Potter nampak his parents dalam the first series of HP. Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Terus homesick semua orang diri depan ni. K kidding.

And we went to Malaysian Student Department of UK. Met this awesome lady. Bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia. This is when Arina rasa semangat nak study sebab this lady cakap ; ''nanti jumpa awak kat kementerian ye''

Edinburgh (:
Where my childhood begins.

Royal Botanic Garden. Kat sini Jannah dah start tak boleh jalan and start swollen kaki dia. 
Which is aku rasa tak perlu cerita panjang,

Royal Botanic Garden lagi.
I JUST LOVE THE SCENERY!
Subhanallah :D :D

Okay. Maka gambar di bawah ni, ada ceritanya.

Kami pergi melawat Royal Yacht of Britannia. Katanya, ini yacht yang digunakan oleh Royal Family untuk pergi belayar dan bila-bila mereka nak buat aktiviti keluarga bersama-sama. Dalam yacht tu lengkap lah macam istana pun ada. Kalau senang nak gambarkan, dia ala-ala macam kapal Titanic. Mewah.

So this is the royal family masa Princess Diana hidup lagi. 
Oh, excluding us :p

Satu sudut dalam yacht.

Dan sesungguhnya aku takdelah nak bercerita pasal keistimewaan kapal ni etc. Kapal ni memang hebat.
Tapi ada satu cerita yang signifikan tentang kapal ini ;

Bila kami pusing satu yacht ni, baru sedar yang sebenarnya, inilah transportation yang digunakan oleh Queen Elizabeth untuk buat visiting negara-negara luar. And surprisingly, dalam tempoh ke arah 1924 dan selepasnya, banyaaak sangat dia pergi visit negara-negara islam, negara-negara arab. Even dalam kapal pun banyak gambar pemimpin arab.

Okay mesti tak faham kan haha.
So kita semua tahu, antara yang bertanggungjawab dalam memperdayakan pemimpin negara arab dan islam semasa era kejatuhan Khilafah, untuk 'menuntut kemerdekaan' dari Khilafah ialah Britain. Armada mereka ligat pergi ke sana sini untuk 'berdiplomasi' dengan pemimpinnya. Memang sangat nampaklah flow route Queen Elizabeth masa zaman tu. Siap ada satu bilik meeting untuk Queen dan Captain discuss negara mana lagi nak pergi etc.

And Queen jugaklah yang utus Lawrence of Arabia untuk mempengaruhi masyarakat arab badwi di Jordan, seperti kisah di Wadi Rum. Kan? ;)

Fuh, kami dalam yacht tu rasa macam terbakar je. Ini rupanya, bagaimana mereka merancang. Ini rupanya, Ini Sejarah Mereka (ISM)  :)
Semasa Ini Sejarah Kita (ISK), kian terkubur.

Dining hall. Sangatlah luxurious. 

Oh. Dalam kapal ni juga ada keris malaya. Maaf tak ingat kisahnya.
Tapi kita semua tahu lah kan negara Malaysia memang hubungan baik dengan Britain.
Mohon semua refresh bagaimana negara kita memperoleh 'kemerdekaan' 1957.
Seterusnya bagaimana Lord Reid being hired. Persekutuan 1963,
dan sebagainya.

2 jam setengah dalam yacht tu memang kerja ktorg refresh sejarah je. Haha.


After 16 years, i'm here again.
Edinburgh Castle :D

Haa cerita kat Edinburgh Castle pulak, (fyi Edin Castle ni, dia macam kubu. macam kalau kt Jordan kita ada Karak Castle iaitu Kubu Salahuddin Al-Ayubi)
Di sini kami lagi lah terasa sayu. Hebat sungguh ketenteraan mereka. Seperti mana kalau naik kubu Salahuddin boleh nampak 3 negara, dan menggambarkan kehebatan ketentaraan masa itu, macam itulah kubu ini dibina. ISM :(

Fyi lagi jugak, Edin Castle ni dibina di zaman World War I & II. Dan mari refresh lagi sejarah, siapa yang 'menang' WWI? Siapa yang 'menang' WWII? Semuanya dapat dikaitkan ketika di atas puncak Edinburgh Castle ini.

Serious tak sangka, datang UK pun boleh dapat kait sejarah. Sebab bukan hadaf kami pun pada mulanya. Sejarah Kita, dan Sejarah Mereka.

Semoga sejarah yang kita pelajari, bukan sejarah yang kering.
Sesungguhnya sejarah merupakan tentera yang menguatkan hati.

Ini merupakan hadaf Back To Nature kami.
The Lake District :D

Tempat yang sangat countryside, kampung dan pedalaman. 
Alhamdulillah selamat sahaja di sana.
Dan subhanallah, sangatlah cantiiik. Majestic and Authentic!

Next, Manchester. 
untuk berjumpa dengan Jannah punya abang.

Macam-macam jadi kat sini, haha.

And rasa macam nak cerita jugak fakta yang aku baru tahu setelah melawat Manchester Uni, ada satu bangunan kuliyah mereka merupakan bekas bangunan church. Dan part yang menarik ialah banyak mayat had been buried beneath it. 

Maka secara spontan saya terkeluarlah dialog ini,
''Jannah! Abang awak study atas mayat!''

maka dengan satu jelingan je dah buat aku diam 3 minit.
------------------

Birmingham City.
untuk berjumpa dengan Husna punya abang.
Ini rumah yang kami tumpang, jazakillah kak :)

Thank you very much to abang Jannah and housemates, and also kakak rumah kawan abang Jannah
Thank you very much to abang Husna and housemates, and also kakak rumah kawan abang Husna.

Ada abang macam best.

Stonehenge, Salisbury. 

Nak kena cerita jugak ke kisah Stonehenge ni? Haha.
Bukan taknak share tapi jari macam dah lenguh, so long story short, sebenarnya stonehenge ni tak dapat dikenal pasti pun apa dia. Sebab monument ini sangatlah bertahun before century. Prehistoric English Heritage. And banyak sangat myth tentang beliau ni. Tapi yg paling rojih ialah dikatakan tempat ni merupakan tempat sembahan matahari.

Bila aku pusing satu batu ni, dan teliti serta buat lawatan tapak yang cermat, memang logik pun.
Tapi sekarang, beberapa batu ni je yang tinggal. Beliau patutnya dalam keadaan bulatan batu dengan ada satu batu tinggi di tengah-tengahnya. This monument is the mysterious one among the Archaeologist. 

Beliau juga listed as one of the 7 wonders of the world. Juga wujud dalam desktop microsoft.
Selebihnya tentang kisah hidup beliau ni, aku dah macam tak berminat nak tahu. Banyak benar khilaf pendapat dan myths.
------------------------------------------------

Scones with clotted cream. 
Since aku bukan jenis yang menghargai makanan dengan sebenar-benar penghargaan,
scones ni berjaya dihabiskan separuh sahaja.
Lalu,
kena brag dengan Husna -.-

Btw, bila aku google search, clotted cream yang paling sedap memang dikenali sebagai Devonshire Cream (which is tempat yg kami makan ni). Fuh Husna mesti tak menyesal sebab dia sangat menghargai clotted cream time kat sana.

Oh lupa nak mention where are we now.
We're now in Exeter, Devon :D
Tempat yang aku rasa, tiada student Jordan yg datang cuti ke UK akan singgah. Heh.
Samalah macam Lake District tadi.

Subhanallah! 
Ini kat, err, tak ingat nama tempat. Tapi ini ialah on the way ke Land's End (penghujung UK)

Kami bertolak awal pagi sebab kalau boleh nak sampai kat atas puncak ini dan boleh tengok sunrise.
Tapi memang tidaklah, datang waktu winter haruslah hujan dan hujan sepanjang hari.

Anyhow alhamdulillah.
Atas ni memang tersangatlah memanglah cantik tersungguh.


Gambar macam edit, tapi tak edit.

Kerusi ni memang wujud tiba-tiba atas bukit ni. Sebab ada seorang manusia yang sangat suka duduk di atas ni dan beliau sangat inspired dengan ketenangan kt sini. So dia letak kerusi sebagai memorial tempat yang dia selalu duduk dengan ibunya :)

Sungguhlah.
Aku rindu dengan ketenangan di atas ini.
Allah :/

Another view.
Us with our car. 
Senang nak reach tempat macam ni dengan kereta. Sangat best sebab boleh berhenti dan tengok view as much as we like. Subhanallah sangat cantik!
Oh and bukan kami pun yang drive. Jangan risau.
Kami ada driver (:

i'm typing this while visualizing i'm still there,
subhanallah alhamdulillah allahu akbar.

''(Dan mereka) ialah orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring seraya berkata ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada azab api neraka''

Dzouq.

''hati kita, biarlah ibarat sungai yang mengalir. sentiasa basah, sentiasa disucikan dari segala kotoran dan debu''

GPS yang setia. Still heading to Land's End.



Angin yang sungguhlah kuat. 
''wal mu'tafikata ahwa''

Kalau tiada kabus yang tebal, boleh nampak Ireland dari sini. Tapi, bukan rezeki kami :)

Subhanallah. Ciptaan Allah, mata ini dah saksikan betapa tiada celanya ciptaan-Nya. Sangat cantik, sangat menyenangkan mata, menyejukkan hati. 

Sempurna.

The best shot. 
Macam kelakar pulak bila teringat dialog time ni,
''korang 4 orang diri kat sana, ana nak snap piece yang nampak korg macam power''

Sampai sekarang tak boleh comprehend power jenis apa lah yg cuba disampaikan. 

This is soo calming!

Okay dah cukup banyak gambar Land's End. For me this is the best place i've ever been before.
Sangat cantik. Subhanallah. Tak terkata.

''Bagi sesetangah orang, alam mempunyai energi yang mampu memberi kekuatan'' -Husna. 

True. Aku pernah post tentang terujanya aku tentang alam.
Alam yang kuat, alam yang tenang, alam yang cantik.
Alam yang tak pernah putus asa.
Hands down.

So on the way balik ke Exeter semula, kami singgah di rumah akhawat Plymouth. Akhawat ni baru je datang Jordan lebih kurang dua bulan yang lepas, dan menetap di Isti'ab :)

This is the last picture. Finally. 
Collage of all the universities yang kami pergi, dengan kata lain, ini ialah semua universiti mereka yang bawa kami berjalan.

London School of Economics (LSE), Kak Fiza is in her final year in Accounting.
The University of Manchester, abang Jannah studying Engineering.
Birmingham City University (BCU), abang Husna completing his masters there.
and, Exeter University, my senior merangkap life and debate coach, studying Economics di sana.

-------------------------------------
I think this entry is about to end already.
Banyak sangat benda aku dapat sepanjang trip ini, dan aku bersyukur ini bukanlah satu trip yang kosong dan kering,
Eventho hanya berjalan tengok nature, jumpa orang sana sini,
Tapi aku percaya, 
nilai sesuatu benda itu bergantung pada bagaimana kita letakkan nilai pada perkara itu.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, wa astaghfirullah 'ala kulli zanbin.

till then,
nadsnyi.